Syaikh Abdullah Mar'i PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 24 March 2010 11:10

 

Syaikh Abdullah Mar'i

 Klik Imej Untuk Besarkan

 

Biodata Ringkas Syaikh Abdullah Mar’i


Nama: Abdullah bin Umar bin Mar’i bin Bariik Al Adeni          

Kepakaran: Ilmu Hadith

Proses Beliau Menuntut Ilmu:

Syaikh memulakan pengajian al-Quran pada tahun 1406H / 1986 daripada Sheikh Muhammad alta'izzy. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya kepada Syaikh Al Muhaddits Muqbil bin Hadi Al Wadi’i  Rahimahullah. Beliau belajar Shahih Al Bukhari, Shahih Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, dan pelajaran lainnya. Syaikh Abdullah juga bertemu para penuntut ilmu senior pada masa itu, antaranya ialah Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab Al Washabi Hafizhahullah. Beliau kemudiannya bersafar ke bumi Haramain (Mekah dan Madinah) pada tahun 1412 H di mana beliau menuntut ilmu secara langsung kepada para ulama senior di pelbagai tempat.

Antara guru-gurunya di Haramain ialah:

 1. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah.

2. Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan.
3. Syaikh Muhammad bin Aman Al Jaami.
4. Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali
5. Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al Abbad,

6. Syaikh Ubaid bin Abdillah Al Jaabiri.

7. Syaikh Muqbil bin Hadi
8. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani

 

Selepas menamatkan pengajiannya di bumi Haramain beliau pulang ke Hadramaut Yaman dan mengajarkan ilmu Hadith di “Institut Darul Hadith Shihir” hingga ke hari ini.

 

Last Updated on Thursday, 25 March 2010 06:21
 

Carian

Login Pengguna



Penafian

Pertubuhan Kebajikan Al-Qalam
Negeri Perlis tidak
bertanggungjawab atas
sebarang kerosakan yang
timbul daripada penggunaan
laman web ini dan
bahan-bahan di dalamnya.