
Pustaka Suara
Pautan
Pentadbiran
| Tentang al-Qalam |
|
|
|
|
Muqaddimah PRINSIP ASAS Sesungguhnya, segala puji hanya bagi Allah. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan memohon keampunanNya. Dan kita berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kita, dan daripada keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada sesiapa pun dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang Dia sesatkan, tiada sesiapa pun dapat memberikannya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah yang satu, yang tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan utusanNya. Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati, melainkan sebagai seorang Islam. (Ali Imran: 102) Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Allah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan menciptakan daripadanya isterinya, dan membangkitkan daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan peliharalah silaturrahim. Sesungguhnya Allah senantiasa menjaga dan mengawasi kamu. (An-Nisaa`: 1) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang benar! Supaya Allah memperbaiki amalan kamu dan mengampunkan untuk kamu dosa-dosa kamu. Dan sesiapa yang menta’ati Allah dan RasulNya, maka dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar! (Al-Ahzaab: 70-71) Maka sesungguhnya, sebenar-benar perkataan ialah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan seburuk-buruk perkara ialah yang diada-adakan (dalam agama), dan setiap yang diada-adakan itu bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu tempatnya di Neraka. (Atau sebagai yang telah dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam). SEJARAH PENUBUHAN Melihat kepada perpecahan yang berlaku di kalangan gerakan al-Sunnah apatah lagi penyelewengan Ahli Bid'ah, idea perpaduan di atas dasar Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah mula diketengahkan. Maka lahirlah Pertubuhan Kebajikan Al-Qalam Negeri Perlis untuk mengungguli dakwah perpaduan yang berteraskan prinsip-prinsip Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. |


