
Pustaka Suara
Pautan
Pentadbiran
| Visi dan Misi |
|
|
|
|
VISI Al-Qalam ingin membawa masyarakat kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan kefahaman al-Salaf al-Soleh, Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah yang terdiri daripada para Sahabat, tabi'in, tabi'u al-tabi'in dan para ulama yang mengikuti jejak langkah mereka. MISI Dalam menjayakan visi di atas, pihak Al-Qalam telah berusaha menyusun beberapa misi yang dimodulkan seperti berikut: Tauhid Tashfiyah Tarbiyah Ta'awwun Ta'akhi Tanaashuh Ta'aaruf Memperkenalkan masyarakat dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah, para ulama serta pendokong-pendokong prinsip mereka. Pada masa yang sama, diperkenalkan juga gerak tari ahli bid'ah, tokoh serta pendokong mereka. Dan tidak dilupakan penjelasan tentang agama-agama selain Islam seperti Yahudi. Kristian dan lain-lain beserta agenda jahat mereka.
PRINSIP 1. Sumber rujukan (manhaj al-Talaqqi) · Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. - Maka selain daripada Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah perlu dinilai timbang kebenarannya samada bersesuaian atau tidak dengan kedua-dua sumber agung ini. - Jika sesuai, Al-Qalam akan menerima sepenuh hati tanpa keberatan, insyaAllah. - Manakala jika bercanggah, Al-Qalam akan mengenepikan dengan penuh redha. · Petunjuk al-Salaf al-Soleh dalam memahami, mengamal serta menyampaikan Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. - Ini kerana, mereka generasi yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul. Bahkan mereka lebih hampir dengan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam. - Oleh itu, Al-Qalam akan mengenepikan pandangan sesiapa sahaja yang menyanggahi petunjuk al-Salaf al-Soleh. - Selama mana terdapat kenyataan dan pandangan al-Salaf dalam agama, maka Al-Qalam akan menjunjungnya. · Penjelasan para ulama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah dahulu dan kini. - Ulama yang diertikan adalah bersesuaian dengan hadis Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam: "Ulama itu pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (harta benda) sebaliknya mewariskan ilmu" (HR Abu Daud: ). Ilmu yang diertikan oleh Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam adalah bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. - Maka kedudukan para ulama adalah berdasarkan ilmu yang dimiliki, diamal serta disampaikan olehnya. - Sekiranya ilmu yang dibawa bersesuaian dengan warisan para nabi, Al-Qalam akan menggigitnya dengan gigi geraham. Tetapi, jika sebaliknya Al-Qalam akan meninggalkan perkataan mereka tanpa ragu-ragu. - Jika wujud perbezaan pandangan dalam isu-isu yang dibenarkan berijtihad di mana setiap pandangan didasari dengan dalil, maka Al-Qalam akan berlapang dada serta menghormati pandangan-pandangan lain, walaupun Al-Qalam mungkin hanya memilih salah satu daripadanya. - Pada masa yang sama, Al-Qalam membenci sikap fanatik atau ta'assub kepada mana-mana ulama atau ilmuan. - Atas dasar "meninggalkan pandangan seseorang bukan semestinya menghina", maka Al-Qalam tetap menghormati serta mencintai para ulama walaupun meninggalkan pandangan sebahagian dari mereka untuk memilih pandangan sebahagian yang lain.
2. Pemurnian aqidah dan manhaj didahulukan dalam gerakan dengan metod yang bersesuaian.
· Al-Qalam meletakkan aqidah sebagai fokus utama dalam dakwah dan tarbiah. · Pada masa yang sama persoalan ibadat serta isu-isu semasa tidak dipinggirkan.
3. Cintakan perpaduan bencikan perpecahan · Al-Qalam sentiasa berusaha untuk menyatupadukan umat Islam dan mencela segala bentuk perpecahan. - Erti perpaduan atau al-jamaah bukan berdasarkan kuantiti sebaliknya bersandarkan kualiti. Dan perpaduan yang berkualiti, dasarnya adalah aqidah, manakala sumbernya Al-Quran dan Al-Sunnah berpandukan petunjuk al-salaf al-Ummah. - Maka, titik perpaduan yang diusahakan oleh Al-Qalam adalah aqidah. - Al-Qalam membezakan antara perselisihan dan perpecahan. Semua bentuk perpecahan dibenci sebaliknya bukan semua perselisihan itu dikeji. Oleh itu, Al-Qalam percaya bahawa tidak semua perkara yang diperselisihi membawa kepada perpecahan. Tetapi semua perpecahan adalah berpunca daripada perselisihan. · Kerjasama dalam meningkatkan ketaqwaan dan kebaikan diusahakan dari semasa ke semasa dalam proses menyatupadukan umat. - Al-Qalam akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang beraqidah dan bermanhaj salaf, samada individu atau kelompok. - Oleh itu, Al-Qalam menolak sikap fanatik terhadap mana-mana individu atau kelompok (hizbiyyah), yang mana sikap ini jelas menyelisihi manhaj al-Salaf al-Soleh dan menjadikan kaum Muslimin berpecah-belah kepada kelompok masing-masing tanpa menitikberatkan aqidah dan manhaj mereka. - Al-Qalam juga membantah mana-mana pihak yang mengabaikan aqidah dan manhaj salaf dalam mencari kesatuan dan perpaduan dengan hujah realiti, pembaharuan atau perkembangan zaman. Niat yang suci untuk memperjuangkan Islam dan berwala' (cinta dan taat setia) kepada Allah akhirnya berubah menjadi fanatik terhadap individu atau kelompok. Perkara tersebut berlaku disebabkan semangat untuk kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah tidak didasari dengan kefahaman ilmu yang benar. |


